Pemimpin PAS hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), pagi ini.
Antara yang kelihatan, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan.
Mereka berdua berarak bersama penyokong BN bagi mengiringi calon BN, Ramli Mohd Noor, menuju ke Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah.
Pusat penamaan calon dibuka jam 9 pagi tadi. Calon DAP, M Manogaran, paling awal memasuki dewan penamaan calon diikuti calon BN.
PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor