Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 9, 2018

U-TURN PTPTN: NETIZEN SECACA BERJEMAAH 'MENDIDIK' MENTERI SKOR 9.95/10.00






Hari ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti biasa membuat pusingan-U (U-Turn) melalui Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mengumumkan Jemaah Menteri mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual (PGB) dan mencari satu formula terbaik bagi setiap pihak berkepentingan.

Laman sosial rasmi Maszlee yang juga ahli Parlimen Simpang Renggam, facebook.com/DrMaszleeMalik dihujani dengan pelbagai komen, kritikan malahan panduan kepadanya berhubung kemelut isu PTPTN itu.

Salah seorang netizen, yang menggunakan nama Joeking Saiful mencadangkan agar menteri pendidikan membuat satu kumpulan laman sosial perbualan, ‘WhatsApp’ agar mudah untuk ahli berbincang sebelum sesuatu keputusan dikeluarkan.

“YB..tolong buat group watapp (WhatsApp) dan ‘add’ saya dalam group tu. Sebelum YB nak buat apa-apa bincang dalam ‘group’ tu dulu. Senang saya nak tegur,” katanya.

Begitu juga dengan komen dari Saiful Nordin yang mempertikaikan tindakan kerajaan PH itu dan menyeru agar dipraktikkan sahaja dasar yang sedia kerana yang lebih penting adalah penambaikan kaedah kepada mereka yang culas membayar hutang.

“Kenapa nak tangguh? Sambung sahaja dasar sedia ada. Yang perlu dipertingkatkan mencari orang yang culas membayar hutang pelajaran,” gesanya.

Rabu lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim potongan bulanan baharu bagi peminjam dengan gaji RM2,000 ke atas, mulai 1 Januari 2019 dengan potongan tersebut akan melibatkan antara dua peratus hingga 15 peratus daripada gaji peminjam.




Manakala luahan Mirza Jamil, yang mengaku penyokong kerajaan, telah muak menerima kecaman dan kritikan pihak lain disebabkan tindakan menteri kabinet yang sering membuat kenyataan dan keputusan tanpa berfikir panjang.

“Ni nak marah sikit ni. Saya ni lama dah ikuti Dr. Saya tahu Dr ni orangnya macam mana. Perkataan dan hujahnya hebat, akalnya waras malah bijak. Boleh tak sebelum apa-apa keputusan besar hendak dibuat lebih-lebih lagi berkaitan pendidikan, YB Dr Maszlee berbincang dahulu.

“Andai kata Dr sibuk dengan urusan lain yang lebih penting, apa kata bagitahu staf bawahan Dr tu supaya kunci mulut, tangan dan kaki dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau langkah.

“Kami ni sebagai penyokong muak juga dibahan. Dibahan tu takda la kisah sangat, tetapi kalau berterusan buka mulut tanpa berfikir panjang, sampai bila nak buat perangai macam ni? Tak cukupkah 5-6 bulan pengalaman sebagai menteri untuk YB belajar daripada kesilapan? ‘Please’ YB. ‘Be a fast learner’. Kami semua golongan mahasiswa yang mengenali YB baik yang anti mahupun yang suka YB, harapan dan ‘expectations’ kami kepada YB sangat tinggi,” ujarnya yang juga seorang mahasiswa.

Ini bukan kali pertama kenyataan-kenyataan Maszlee dikecam dan dikritik di mana sebelum ini juga seperti beberapa isu seperti kasut hitam, stoking hitam, memperkenalkan kokurikulum renang kepada pelajar sekolah dan termasuklah kempen hapus tolnya semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

Bukan sahaja menteri pendidikan, bahkan beberapa menteri kabinet seperti Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Rawa dan Menteri Industri Asas Tani, Datuk Salehuddin Ayub; sekadar beberapa nama turut menerima nasib yang sama seperti Maszlee.

Maka, tidak hairanlah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membuat kenyataan akan menghantar menteri-menteri kabinetnya berkursus dalam usaha ‘menyekolahkan’ mereka.


0 comments:

share2