Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 30, 2018

MAHKAMAH ISTIHAR KERUSI PARLIMEN CAMERON HIGHLAND TERBATAL, BN PAHANG TERIMA DENGAN HATI TERBUKA


Mesyuarat Khas BN Hadapi PRK Cameron Highlands



Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, BN Negeri menerima keputusan Mahkamah Pilihanraya mengenai Parlimen Cameron Highlands dengan hati terbuka.

“Sungguhpun terkejut dengan keputusan ini tetapi saya dan rakan-rakan dalam BN menerimanya dengan hati yang terbuka,” kata Dato’ Sri Wan Rosdy dalam kenyataan media petang ini.

Sungguhpun begitu beliau yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri percaya, Ahli Parlimen yang terbabit akan membuat rayuan terhadap keputusan oleh Mahkamah Pilihanraya tersebut. 

Dalam pada itu katanya, beliau akan segera memanggil mesyuarat khas BN Negeri bagi membincangkan perkara itu, serta tentang persiapan yang perlu dilakukan untuk menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen kawasan ini kelak.

Menurut Dato’ Sri Wan Rosdy, beliau percaya bahawa BN di negeri ini masih kukuh yang dengan itu akan mampu digerakkan secara berkesan bagi menghadapi PRK tersebut.

0 comments:

share2