Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 19, 2018

KERAJAAN PAHANG SEDIA JADI PEMUDAH CARA BANTU PELUKIS



Kerajaan Pahang sedia jadi pemudah cara bantu pelukis



Kerajaan negeri bersedia menjadi pemudah cara dalam membantu pelukis di negeri ini mengembangkan aktiviti dan bakat dimiliki.

Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, kerajaan negeri juga akan meneliti keperluan pelukis untuk dibantu.

“Kita akan tengok keperluan mereka mungkin dari segi jaringan kerjasama atau keperluan kepada sebuah tempat bagi mengadakan pameran.

“Kita menyokong usaha mereka untuk mengembangkan seni lukisan di negeri ini kerana paling penting dapat memperkenalkan lukisan kepada masyarakat,” katanya selepas merasmikan Pameran Solo 5, ½ Dekad Ahmad Nazrin di Galeri Artic di sini, semalam.

Shahaniza berkata, masyarakat perlu didedahkan dengan seni itu kerana tidak membawa apa-apa makna jika orang ramai tidak dapat menghargai usaha pelukis.

“Sudah tentu, bagi pelukis mereka memerlukan sebuah galeri yang sesuai untuk mempamerkan karya masing-masing sama ada secara solo atau berkumpulan.

“Kita akan teliti kepada keperluan itu mungkin kerajaan negeri boleh bincang dengan agensi lain seperti Jabatan Muzium dan sebagainya untuk menyediakan ruang bagi tujuan tersebut,” katanya.


0 comments:

share2