Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 17, 2018

HIMPUNAN PERPADUAN UMMAH BAKAL HIMPUNKAN 20,000 MUSLIM





Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, himpunan perpaduan ummah yang akan diadakan pada 17 Nov ini bukanlah bersifat perkauman tetapi ia adalah satu himpunan yang bakal menghimpunan ummat muslim tanpa mengira bangsa asalkan beragama Islam.

Jelas beliau, tujuan himpunan ini adalah bagi mempertahankan hak-hak agama Islam yang kini sedang diperkotak-katikkan.

“Himpunan ini bukan berbentuk perkauman… Sesiapa sahaja… Cina, India.. asalkan Islam. Tujuan himpunan ini adalah untuk menyatupadukan Muslim di negara ini.

“… Kita mahu memberi mesej kepads pihak luar bahawa muslim bersatu dan akan terus mempertahankan hak-hak sebagai umat Islam kerana sekarang ini banyak cabaran yang cuba menggugat kepentingan hak Islam,” ujar beliau di sini, hari ini.

Sebagai contoh tambah Tajuddin apabila kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) dikatakan bakal menandatangani Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“ICERD ini tidak boleh digunakan di negara ini… tidak sesuai. Mungkin sesuai di Amerika atau negara lain tapi bukan di Malaysia sebab kita ada Pribumi…. kaum Bumiputera.

“Muslim selama ini sudah cukup toleransi… selama ini kita tengok dan tak bertindak. Sekarang situasi dah melampau. Islam adalah agama rasmi jadi ada satu sahaja yang perlu kita buat iaitu bersatu,” tegas beliau.

Himpunan Melayu Ummah anjuran gerakan pembela ummah negeri Perak bakal diadakan pada 17 November ini di Pekan Kg. Gajah, Pasir Salak.

Himpunan ini mendapat sokongan penuh dari parti UMNO dan Pas.

Himpunan ini dijangkakan bakal menghimpun tidak kurang 20 ribu orang.


0 comments:

share2