Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 5, 2018

BAJET 2019 TAK TELITI, BILA VIRAL SUBSIDI MINYAK TERSASAR TERUS BUAT 'U-TURN'





Bajet 2019 baru sahaja dibentangkan Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tetapi sehari kemudian beliau sudah buat ‘u-turn’ berkaitan apa yang diumumkannya sendiri.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Guan Eng yang dikenali sebagai menteri ‘1 Trilion Dollar Man’ tidak teliti apabila menyediakan Bajet 2019.

“Dia dengan bangga umum kereta berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah akan menerima subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter, tetapi bila ‘viral’ bahawa ada kereta mewah seperti Volkswagen Tiguan dan Beetle serta BMW318i juga berkapasiti bawah 1,500cc dia terus ubah fikiran iaitu tidak akan beri subsidi kepada kereta mewah berkenaan,” katanya menerusi kenyataan yang dibuat dalam laman facebooknya.




Ujarnya, patutlah ada pegawai Kementerian Kewangan kata mereka sediakan bajet lain tapi apabila sampai pada ‘1 Trilion Dollar Man’ terus berubah.

“Volkswagen Tiguan harganya RM165K manakala BMWi8 (1500cc) harganya ialah RM1.31 Juta. Ini Menteri Kewangan yang gagal. Elok Ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara tolak Bajet 2019 ini. Incomplete,” tegasnya lagi.

Dilaporkan, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, ketika membentangkan Belanjawan 2019 berkata, Pakatan Harapan (PH) melalui manifestonya berjanji untuk memberi subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kapasiti enjin 1,300cc dan ke bawah atau pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

Namun sehari kemudian beliau berkata pemilik kereta mewah dengan kapasiti enjin di bawah 1,500cc diingatkan jangan berharap untuk menikmati subsidi minyak bersasar seperti yang diumumkan, malah memaklumkan bahawa mekanisme pemberian subsidi bahan api berkenaan masih dalam kajian dan hanya akan dilaksanakan dalam tempoh suku kedua tahun depan.


0 comments:

share2