Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 19, 2018

TOL 'FREE' DAH JADI MIMPI, NAJIB 'PETIK' KIT SIANG?






Kedangkalan menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) dalam menjawab dan menyelesaikan sesuatu isu membuatkan mereka sering menjadi bahan di’troll’.

Jika sebelum ini antara yang pernah menjadi ‘mangsa’ adalah seperti Menteri Kewangan, Menteri Industri Asas Tani, Menteri Pendidikan serta Menteri Belia dan Sukan, terbaru giliran Menteri Kerja Raya pula.

Hari ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang menyatakan di Parlimen pagi tadi bahawa rakyat boleh terus bermimpi jika mereka mahu kerana kerajaan PH tidak akan menghapuskan tol atau membina lebuhraya tanpa tol.

“Rupanya, ‘free’ tol sudah menjadi ‘free’ mimpi.




“Jika seorang menteri BN (Barisan Nasional) dari kerajaan dahulu berkata seumpama iaitu rakyat boleh terus mimpi, kemungkinan besar Kit Siang sudah keluarkan sekurang-kurangnya 10 kenyataan akhbar untuk menghentam BN dan kemudiannya tak pasal-pasal melibatkan saya dan menggunakan perkataan kleptokrasi berpuluh kali,” sindir Najib dalam Facebook miliknya sebentar tadi.

Ujar Najib lagi, ketika di zaman pentadbirannya, kerajaan BN berjaya menghapuskan beberapa tol.

“Ketika saya Perdana Menteri, saya berjaya menghapuskan beberapa tol pada masa ke semasa (kerana) kita berupaya, membantu Sarawak menghapuskan semua tol pada 2016, menghalang sebarang kenaikan tol di lebuhraya milik PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) dan membina lebuhraya baru bebas tol seperti Central Spine Road (CSR) dan lebuhraya Pan-Borneo.

“Mengapa PH tidak dapat melakukan sedemikian? Jika kerajaan PH tak mampu tunaikan janji manifesto mereka untuk menghapuskan tol, sekurang-kurangnya mereka boleh mengurangkan kadar tol,” tambahnya.

PH sudahpun memperdaya pengundi mereka kerana gagal memenuhi manifesto, tetapi tidak perlulah memperlekehkan akal pengundi,” tegasnya.


0 comments:

share2