Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 10, 2018

KERAJAAN PH HARUS BERHENTI ORIENTASI CARI SALAH KERAJAAN LALU




Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap kerajaan hari ini mengubah orientasi yang hanya mencari kesalahan kerajaan lalu kepada orientasi untuk maju ke depan dengan merangka dasar-dasar yang boleh memberikan manfaat kepada seluruh rakyat.

Menurut beliau rakyat tentunya ternanti-nanti serta mendambakan pelbagai dasar daripada kerajaan yang telah diberikan mandat pada pilihan raya umum lalu yang boleh memberikan mereka keadaan lebih baik.

“Kita tidak mahu melihat rakyat sekali-kali teraniaya apa juga dasar dan polisi sehingga kita menambah beban mereka yang mendambakan pelbagai dasar untuk memberikan mereka keadaan yang lebih baik berbanding dahulu.

“Kalau kita nak cari kesalahan memang kita akan jumpa…mana manusia yang sempurna di atas muka bumi ini…kerajaan mana yang sempurna di atas muka bumi ini. Walaupun kerajaan lalu ada kelemahan namun jangan kita nafikan kekuatan mereka.

“Tetapi kalau kita sebagai sebuah kerajaan yang sudah pun diberikan mandat oleh rakyat hanya menghabiskan masa untuk menyelongkar dan mencari kesalahan sampai bila kita nak mewujudkan satu ekosistem yang pelabur asing pun mempunyai keyakinan dan kepercayaan kepada kita,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Beliau seterusnya menambah jika pelabur asing tidak mempercayai dan tidak melabur di dalam negara tentunya rakyat akan merana.

“Kalau pelabur asing tidak percaya rakyat yang akan merana…sebab itulah kita tengok dalam laporan terbaru pertumbuhan negara dilaporkan semakin lama semakin perlahan dan ini akan memberikan kesan kepada rakyat dalam tempoh setahun akan datang.

“Sebab itu saya harap pendekatan baru yang digunakan dan orientasi kepimpinan yang ada ini perlu berubah daripada orientasi yang hanya menyalahkan dan menyelongkar kebobrokan lalu kepada orientasi untuk maju ke depan mendatangkan dasar-dasar yang contohnya pertumbuhan ekonomi dengan mencari perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada rakyat,” ujarnya.


0 comments:

share2