Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, September 13, 2018

“MALAYSIA BAHARU JANGAN BERTEMBUNG SUDAH"



“Malaysia Baharu Jangan Bertembung Sudah”



“Harapnya jangan bertembung sudah”

Itu sindiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad berhubung perkembangan politik terkini membabitkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau dalam nada sinis menyebut kononnya dua matahari dijangka akan terbit menerangi Malaysia Baharu tidak lama lagi.

Kata beliau, jika berlaku pertembungan yang dibimbangkan, maka bermaksud satu bentuk hijrah ke belakang oleh Malaysia Baharu.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi merujuk kepada langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Kerusi itu dikosongkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang baru dibebaskan dari penjara dipercayai mahu segera kembali menjadi Ahli Parlimen untuk menuntut jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir sebelum PRU-14 berjanji akan memegang jawatan Perdana Menteri cuma buat seketika sebelum Anwar kembali dalam arena politik.

Bagaimanapun, terdapat desas desus Mahathir enggan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, sebaliknya kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang lebih dipercayainya.


0 comments:

share2