Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 16, 2018

100 HARI PENTADBIRAN MB PAHANG



Image result for wan rosdy menteri besar pahang


Kerajaan Barisan Nasional tiada masalah bagi mempertahankan Negeri Pahang dalam Pilihan Raya 15 akan datang dengan syarat semua 25 wakil rakyat turun padang dan berkerja keras sepanjang penggal ini.

Demikian dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail diakhir wawancara bersama beliau sempena 100 hari pentadbirannya di pejabat beliau di Wisma Sri Pahang pagi tadi.

Beliau juga menyatakan wakil rakyat harus rajin turun padang bertemu rakyat...hadiri program-program yang dijalankan dan memberi penerangan (mengenai isu-isu berkaitan) dan rakyat akan faham.

Dato' Sri Wan Rosdy juga menyifatkan 100 hari pentadbiran yang dilaluinya dapat dihadapi dengan jaya dan berkesan, termasuk hubungan dua hala dengan kerajaan pusat dalam menyelesaikan beberapa isu rakyat di negeri Pahang.




0 comments:

share2