Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 18, 2018

[LIPIS] PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL, DIDIK KETIKA KECIL


 Penyalahgunaan media sosial, didik ketika kecil



PENDEKATAN matang dan bijak dilihat lebih relevan dalam menangani penyalahgunaan media sosial di negara ini.

Adun Benta, Dato' Sri Ir Mohd Shoffi Abdul Razak berkata, pendekatan tersebut dapat diterjemahkan menerusi pendidikan di peringkat awal.

Menurutnya perkara itu boleh bermula di peringkat awal dengan membimbing anak-anak dari peringkat kecil supaya memilih bahan positif.

"Revolusi media sosial kita tidak dapat nafikan memberi banyak pengaruh kepada masyarakat. Malah negara maju lain pun tak dapat halang benda ini.

"Jika kita laksanakan seperti halangan media sosial di beberapa negara lain akan menjadikan ia satu langkah tidak popular.

"Sebab itu kita kena serapkan di peringkat awal menerusi pendidikan dengan mewujudkan kekebalan dalam jiwa rakyat dan beri pendedahan secara intelektual," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, semalam.

Beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama Pengerusi Sambutan, Abdul Rahim Muda yang juga Exco Jawatankuasa Sains Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi,Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah dan Exco Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram.

Beliau turut mengulas susulan penyebaran fitnah yang berleluasa dan menjadi ancaman kepada perpaduan di negara ini menerusi pelbagai media sosial.

"Kita mesti wujudkan menerusi pendidikan agama dan moral.

"Saya rasa itulah antara cara terbaik menangani ancaman ini," katanya.

Sementara itu Rahim memberitahu, usaha mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum melalui mesej yang ingin disampaikan pada sambutan kali ini bertepatan dengan tema Sayangi Malaysiaku.

Kira-kira 2,000 pengunjung memeriahkan sambutan tersebut yang juga julung kalinya dijalankan luar Kuantan.


0 comments:

share2