Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 5, 2018

MISI HALANG ANWAR JADI PM?



MOHAMED AZMIN ALI



Penyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dipercayai bimbang terhadap kemungkinan wujudnya satu lagi misi untuk menggagalkan hasrat menjadikan idola mereka itu sebagai Perdana Menteri se­perti yang pernah berlaku 20 tahun lalu.

Pemerhati politik berpanda­ngan, sekali pun suara rakaman yang melabelkan Timbalan Pre­siden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai orang suruhan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu bukan milik Anwar, namun ia mampu mempengaruhi sesiapa sahaja dan mencetuskan kebimbangan berhubung nasib Anwar dalam kalangan penyokongnya.

Kerisauan itu ditambah de­ngan sikap Mohamed Azmin yang berteka-teki dalam pemilihan PKR kali ini serta tindakan Dr. Mahathir melantiknya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad yang mengawal banyak syarikat gergasi negara.

Berdasarkan sejarah, Dr. Mahathir memang gemar memberi peluang kepada pemimpin yang dilihat layak menjadi pengganti­nya, seperti yang diberikan kepada Anwar pada era 1990-an sebelum diikuti oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan kali ini, kemungkinan giliran Mohamed Azmin pula.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, rakaman suara itu sudah pasti dilihat sebagai satu serangan terhadap Anwar.

“Tidak boleh kata rakaman itu adalah suara Anwar, selagi belum dibuktikan. Tetapi telah mewujudkan persepsi bahawa ini merupakan satu lagi episod menghalang kemaraan Anwar. Sudah pasti membimbangkan penyokongnya,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu penganalisis politik, Dr. Ainul Adzellie Hasnul tidak menolak berlakunya kerisauan dalam kalangan penyokong Anwar lebih-lebih lagi beliau tidak cergas untuk mengemudi sebuah parti utama dalam Pakatan Harapan (PH) kerana baru pulih daripada menjalani rawatan.

“Anwar pun tidak cergas 100 peratus lagi. Menjadi Presiden sebuah parti tulang belakang PH memerlukan seseorang yang mampu memberikan komitmen sepanjang masa, sihat dan bertenaga,” katanya.

Beliau menambah, penyokong Anwar juga risau dengan pe­ngaruh besar Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor iaitu negeri yang dikatakan kubu terkuat PKR itu.


0 comments:

share2