Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 11, 2018

TUTUP TAHFIZ, RAKYAT TUNTUT PENDIRIAN TEGAS KERAJAAN PAKATAN HARAPAN






Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin menggesa kerajaan agar menyatakan pendirian tegas berhubung cadangan penutupan sekolah tahfiz oleh Tan Sri Zainuddin Maidin.

Dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, Shahrul menegaskan cadangan Zainuddin menunjukkan beliau seorang yang bersikap prejudis terhadap golongan agamawan walaupun tidak dinafikan terdapat beberapa kes melibatkan sekolah tahfiz seperti buli, penderaan dan tahap keselamatan yang lemah.

Sebelum ini, Zainuddin melalui tulisan di blognya meminta Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof agar menutup sekolah tahfiz kerana tidak memberi harapan kepada generasi baru Islam dan penutupan sekolah tahfiz boleh membawa umat Islam keluar daripada jumud agama.

“Zainuddin terlalu naif kerana melihat sekolah tahfiz hanyalah tempat melahirkan seorang yang memakai kopiah atau serban yang duduknya di masjid seperti digambarkan kebanyakan orang.




“Berdasarkan rekod terdapat 1,000 sekolah tahfiz di seluruh negara dan 618 sekolah tahfiz yang berdaftar di bawah JAKIM. Sebelum PRU-14, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

“Sekiranya terdapat kelemahan di sekolah tahfiz, kerajaan melalui JAKIM sepatutnya mencari kaedah atau penyelesaian dengan merangka modul untuk memperkasakan sistem pendidikan sekolah tahfiz,” katanya.

Berikut kenyatan penuh beliau.

Tan Sri Zainuddin Maidin melalui tulisan di blognya meminta Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof agar menutup sekolah tahfiz kerana tidak memberi harapan kepada generasi baru Islam dan penutupan sekolah tahfiz boleh membawa umat Islam keluar daripada jumud agama.

Bagi saya, cadangan Zainuddin menunjukkan dia seorang yang bersikap prejudis terhadap golongan agamawan. Tidak dinafikan terdapat beberapa kes melibatkan sekolah tahfiz seperti buli, penderaan dan tahap keselamatan yang lemah.

Malah peristiwa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat pada September tahu lalu yang mengorbankan 23 orang pelajar dan 2 guru masih segar dalam ingatan kita.

Namun sebagai individu yang beragama Islam dan pernah menjadi Menteri Penerangan ketika bersama UMNO, kenyatan Zainuddin keterlaluan dan mengguris perasaan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz.

Zainuddin terlalu naif kerana melihat sekolah tahfiz hanyalah tempat melahirkan seorang yang memakai kopiah atau serban yang duduknya di masjid seperti digambarkan kebanyakan orang.

Sebenarnya pelajar tafiz yang bergelar seorang hafiz adalah golongan yang lebih hebat daripada kumpulan profesional kerana mereka mahir dalam hafazan al-Quran dan bidang profesional malah mampu untuk memimpin masyarakat. Boleh dikatakan, seorang yang bergelar hafiz lebih cerdik berbanding Zainuddin.

Dari skop kerjaya, seorang hafiz tidak terhad untuk menjadi ustaz atau imam semata-mata malah mereka boleh memberi pendidikan serta mengajar subjek di sekolah biasa. Jadi, adalah satu penghinaan sekiranya Zainuddin menganggap lepasan sekolah tahfiz adalah golongan jumud agama.

Berdasarkan rekod terdapat 1,000 sekolah tahfiz di seluruh negara dan 618 sekolah tahfiz yang berdaftar di bawah JAKIM. Sebelum PRU14, kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib memperuntukkan sebanyak RM80 juta bagi menyelaraskan dan membangunkan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

Sekiranya terdapat kelemahan di sekolah tahfiz, kerajaan melalui JAKIM sepatutnya mencari kaedah atau penyelesaian dengan merangka modul untuk memperkasakan sistem pendidikan sekolah tahfiz.

Justeru, selepas Zainuddin mengulangi desakan dan mempertahankan cadangan menutup sekolah tahfiz. Kerajaan diminta menyatakan pendirian yang jelas demi masa depan pelajar sekolah tahfiz. 

Adakah kerajaan akan menutup sekolah tahfiz seperti yang dicadangkan Zainuddin kerana umum mengetahui Zainuddin merupakan sekutu kuat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan?


0 comments:

share2