Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 16, 2018

[RAUB] KERAJAAN SEDIA LOT TAPAK RUMAH



Kerajaan sedia lot tapak rumah



Kerajaan negeri akan menyediakan lot tapak rumah atau pembinaan kediaman kepada penduduk kampung bagi memastikan masyarakat luar bandar mempunyai tempat tinggal selesa.

Bagaimanapun, agihan berkenaan turut mengambil kira kelayakan khususnya kepada generasi kedua.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Dato' Abd Aziz Mat Kiram berkata, pihaknya sudah meminta pemimpin semua kampung menyenaraikan kawasan rizab untuk tujuan berkenaan.

“Sepertimana rizab tanah Felda disediakan untuk generasi kedua Felda, kita mahu rizab kampung ini diberikan kepada generasi kedua kampung bagi memastikan mereka hidup lebih selesa.

“Kita sedang menyusun sama ada menyediakan lot tapak rumah atau pembinaan rumah kepada generasi kedua ini,” katanya pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Adun Batu Talam dan penyerahan sumbangan kepada golongan warga emas di perkarangan Masjid Batu Talam di sini, kelmarin.

Pada majlis itu seramai 160 warga emas menerima sumbangan barangan keperluan daripada Umno bahagian Raub.

Dalam pada itu Abd Aziz berkata, pihaknya akan memberi keutamaan kepada generasi kedua yang mempunyai keluarga dan memerlukan sebuah rumah sendiri.

“Mungkin ada antara mereka yang boleh membuat pinjaman bank boleh dimasukkan dalam program rumah generasi kedua tetapi yang tidak berkelayakan membuat pinjaman boleh membina rumah di tanah lot,” katanya.

Pada majlis sama Abd Aziz turut menyebut infrastruktur di kawasan Orang Asli tetap diutamakan.

Tambahnya, pihaknya akan melibatkan Orang Asli dalam pelbagai program yang boleh menjana pendapatan mereka dari semasa ke semasa.


0 comments:

share2