Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 12, 2018

PH MAHU JADIKAN MALAYSIA REPUBLIK?



PH Mahu Jadikan Malaysia Republik?



Sikap Pakatan Harapan (PH) terhadap institusi Kesultanan Melayu dan sistem raja berperlembagaan sudah terang lagi bersuluh; mereka tidak senang dengan realiti ini.

Sudah banyak kali mereka melakukan “test market” untuk mengukur sejauh mana orang Melayu marah apabila isu raja-raja disentuh.

Cebisan-cebisan kenyataan aktivis PH yang mempertikai sistem raja berperlembagaan bukan satu yang baharu tetapi konsisten disebut-sebut oleh kalangan mereka.

Boleh dikatakan rata-rata orang muda malah orang tua juga dalam kalangan aktivis pro-PH yang liberal tidak suka dengan institusi raja-raja Melayu.

Perlu disedari yang PH dikuasai oleh parti DAP yang merupakan adik kepada PAP di Singapura yang sudah berjaya menamatkan pemerintahan beraja dan menghapuskan sejarah Melayu di pulau itu.

DAP dan parti-parti PH dikuatkan oleh aktivis dan NGO liberal dan bukan Islam yang tidak memandang langsung kemuliaan Islam dan kedudukan istimewa raja dan orang Melayu.

Sudah tentu mereka tidak akan membuat kenyataan secara terbuka atau membuat forum bertajuk “Perlukah Sistem Monarki Dikekalkan?”

Mereka boleh menyuarakannya melalui ejen-ejen mereka yang terdiri daripada orang Melayu sendiri daripada generasi muda.

Ini sudah berlaku lama, mungkin lebih dari 10 tahun, di pentas-pentas wacana dan di bengkel-bengkel latihan untuk ahli-ahli mereka.

Kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 menunjukkan mereka sudah mencapai satu tahap baharu dalam usaha mengubah realiti Malaysia ini.

Pendirian persoal kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, mencabar kedudukan bahasa Melayu dan membela budaya asing LGBT semua menunjukkan satu matlamat yang sama, yakni mencabar Islam, Melayu dan raja sebagai tonggak negara ini.

Cara mereka menunjukkan yang mereka sudah tidak perlu lagi untuk hormat pada Agong dan raja-raja Melayu, tetapi institusi raja pada mereka hanya prosedur yang mereka perlu ikuti untuk dilantik sebagai menteri.

Apa yang berlaku sekarang, sistem raja berpelembagaan masih kuat untuk menyekat agenda mereka yang mahu kesamarataan dalam semua perkara, daripada agama kepada bahasa hingga kuasa tertinggi negara.

Sistem negara kita masih menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan perdana menteri sebagai ketua kerajaan.

Ini menunjukkan yang pemisahan kuasa masih wujud walaupun sudah banyak dirombak apabila sistem negara ini diubah untuk memberi hak kerakyatan kepada pendatang satu masa dulu.

Cara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan kuasanya tidak ubah seperti gaya seorang presiden di sebuah negara republik yang berkuasa penuh.

Pelantikan Majlis Penasihat Negara menyamai apa yang dilakukan oleh seorang presiden, melantik orang-orang kepercayaannya sebagai anggota penasihat atau ahli kabinet.

Mahathir juga mempunyai satu perjuangan yang belum selesai dengan institusi raja-raja Melayu.

Kemuncak pertembungan beliau dengan raja-raja pada 1993 terpahat dalam ingatan beliau dan tidak dilupakan begitu sahaja.

Pilihan raya umum yang baru berlalu sudah mengangkat mereka sebagai kerajaan dengan majoriti yang kuat dalam Parlimen.

Mereka memerlukan majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan dan ini tidak begitu sukar untuk mereka.

Mungkin ramai yang sudah lupa atau belum mampu (atau belum lahir pada masa itu) untuk memahami peristiwa krisis perlembagaan tahun 1993.

Pada masa itu, hanya satu kumpulan yang lawan raja-raja Melayu, tetapi sekarang ini ada satu pakatan parti politik yang boleh bersatu tenaga untuk melaksanakan agenda menjadikan Malaysia sebuah republik.


0 comments:

share2