Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 28, 2018

MCKIP: KERAJAAN BUAT PERSEPSI BURUK



MCKIP: Kerajaan buat persepsi buruk



Pelbagai spekulasi buruk dibuat Pakatan Harapan (Harapan) terhadap projek Taman Perindustrian Malaysia - China (MCKIP) di Gebeng sebelum ini sehingga menimbulkan pelbagai polemik.

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata, kenyataan dikeluarkan Hrapan berhubung MCKIP seperti mahu membatalkan projek berkenaan adalah sesuatu yang membuta-tuli.

Menurutnya, lebih banyak persepsi negatif dicanang mereka bagi menarik sokongan pengundi pada PRU14.

"Tapi realitinya, adakah projek itu akan dihentikan kerajaan sedangkan semalam pihak MCKIP membuat temuduga terbuka kepada anak muda tempatan.

"Kita akui MCKIP ini memberi pelaburan yang besar dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada warga tempatan,"katanya.

Andansura yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri berkata, perkara yang perlu dipertikai, boleh dilakukan tetapi yang baik jangan dinafikan.

Gambar yang tular semalam menunjukkan ribuan anak muda menghadiri temuduga di MCKIP.


Justeru katanya, tindak tanduk kerajaan baharu yang memutar- belitkan situasi kini sedang dinilai masyarakat.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota , Dato' Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, itulah perkara yang melucukan apabila kerajaan membuat janji-janji politik.

"Jika projek ini ditutup, ribuan anak tempatan akan kehilangan kerja.

"Malah pada sesi temuduga semalam, kita boleh lihat berapa ramai yang hadir untuk memohon kerja,"katanya.

Tular di media sosial semalam yang menunjukkan ribuan anak muda Kuantan membanjiri MCKIP bagi merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Sebelum ini Harapan membuat spekulasi bahawa BN menjual tanah kepada China melalui projek MCKIP dan kononnya dijadikan kawasan eksklusif iaitu rakyat Malaysia dilarang memasukinya.

Projek MCKIP di Gebeng melibatkan nilai pelaburan RM10.5 bilion yang menawarkan sebanyak 8,500 peluang pekerjaan.

MCKIP yang merupakan taman perindustrian berstatus nasional pertama di negara ini menandakan babak baharu hubungan antara Malaysia-China.

MCKIP terletak di tapak seluas 600 hektar di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER SEZ).


0 comments:

share2