Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 21, 2018

[LIPIS] PKAYIA PERLU BANTUAN SEMPENA RAMADAN



PKAYIA perlu bantuan sempena Ramadan



Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan (PKAYIA) Daerah Lipis memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai untuk menaja perbelanjaan sepanjang Ramadan.

Pengurusnya, Siti Najihah Amney Noor berkata, sumbangan tersebut melibatkan majlis berbuka puasa sebanyak RM300, moreh (RM50) dan sahur (RM100) untuk 25 penghuni dan kakitangan asrama berkenaan.

Menurutnya, PKAYIA dihuni pelajar perempuan berusia antara 10 hingga 17 tahun.

“Kami juga memerlukan dana RM12,000 sebulan bagi menampung kos operasi PKAYIA termasuk perbelanjaan dan yuran persekolahan, yuran kecemerlangan, bil sampingan, gaji warden dan lain-lain.

“Selain itu kita turut mengharapkan sumbangan orang ramai yang boleh menyalurkan bantuan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, sabun mandi, ubat gigi, alat tulis dan lain-lain lagi,”katanya di sini semalam.

Beliau berkata, anak-anak yatim itu memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi membolehkan mereka meraikan Ramadan dan Syawal dengan lebih bermakna.

Orang ramai yang ingin membuat pertanyaan boleh menghubunginya di talian 09-3101160.

Bagi yang mahu menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian atas nama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan melalui akaun Maybank, 556114208650; Bank Simpanan Nasional (BSN), 0600641000036776 atau Bank Rakyat, 22-134-102256-4.


0 comments:

share2