Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 22, 2018

[KUANTAN] RUMAH ANAK YATIM MOHON SUMBANGAN BERBUKA, RAYA


Rumah anak yatim mohon sumbangan berbuka, raya


Ramadan dikatakan bulan rezeki anak-anak yatim dan miskin serta pelajar tahfiz kerana banyak sumbangan dermawan selain undangan berbuka puasa.

Bagaimanapun tahun ini, suasana agak berbeza dilalui penghuni Rumah Anak Asnaf Permata al Kauthar di Taman Berjaya Permai di sini berbanding pengalaman mereka pada tiga kali Ramadan sebelum ini.

Pengurusnya, Mahadi Deraman berkata, bagi tahun ini, rezeki penghuni rumah anak yatim dan miskin itu tidak ‘melimpah-ruah’ seperti sebelum ini biarpun Ramadan sudah memasuki hari kelima, semalam.

“Setakat ini kami hanya menerima sumbangan makanan untuk berbuka puasa dan sahur serta hanya satu undangan berbuka puasa di luar daripada syarikat korporat.

“Kalau dibandingkan Ramadan tahun lalu dan sebelumnya, dari hari pertama lagi ada undangan berbuka puasa di luar dan macam-macam sumbangan diterima penghuni rumah ini termasuk sumbangan pakaian dan duit raya,” katanya.

Mahadi berkata, tahun ini (setakat ini) belum ada pihak menyatakan hasrat untuk membuat sumbangan baju raya kepada 15 penghuni rumah itu.

Katanya, pihak pengurusan memerlukan RM400 sehari bagi keperluan 15 penghuni.

“Kami mengalu-alukan tajaan kelengkapan pakaian raya untuk anak-anak di sini, RM150 seorang atau jumlah keseluruhannya RM2,250.

“Untuk sebarang maklumat boleh hubungi saya di talian 013-4897703, Pengerusi, Hamdan Yusi 013-9388044, Osman Bukhari 019-9168302 dan Suzana012-2215896 atau melalui Facebook Permata Al Kauthar,” katanya.

Menurutnya, sumbangan juga boleh terus disalurkan ke akaun Bank Islam 06019010105367 atas nama Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Sahabat Muqarabin.


0 comments:

share2