Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 28, 2018

PRU14 - KAMI AKAN PASTIKAN MENANG MAJORITI



Kami akan pastikan menang majoriti




Calon wanita yang bertanding pada PRU14 ini nekad membantu parti peroleh kemenangan.

Calon Dun Luit, Nurhidayah Shahaimi berkata, walaupun masih berpantang tidak menjadi halangan beliau menjalankan kempen meraih sokongan pengundi.

Menurutnya, gerak kerja sudah dirancang lebih awal dan akan berjalan seperti yang sudah ditetapkan bagi memastikan BN terus mengekalkan kemenangan di kawasan berkenaan.

“Saya yakin kerjasama dan sokongan jentera di peringkat Dun dan cawangan semua gerak kerja yang dirancang akan berjalan lancar.

“Malah saya berazam untuk memenangi kerusi ini dengan majoriti yang lebih banyak berbanding PRU13,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang bertanding di Parlimen Raub menyifatkan kawasan itu bukan tempat asing buat dirinya walaupun kali pertama bertanding di kawasan itu.

Bekas anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal itu berkata, kariernya dalam politik bermula di parlimen berkenaan selepas menyertai MCA sebagai beliawanis di Raub dan berkhidmat di bawah bekas anggota Parlimen Raub Datuk Teng Gaik Kwan sebagai setiausaha sulit pada tahun 1995.

“Justeru, isu-isu penduduk Raub memang di dalam perhatian saya setelah beliau mula turun padang mendekati penduduk dengan lebih dekat sejak 2014 lagi.

“Saya juga sediakan satu manifesto dan pelan induk untuk bangunkan Raub. Saya pun memang biasa dengan keadaan di sana,” katanya.

Beliau turut memberitahu, isu penting yang perlu diselesaikannya ialah masalah air.

Bekas Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga yakin dapat merampas semula kerusi parlimen berkenaan yang mempunyai kira-kira 57,000 pengundi dengan 52 peratus darinya kaum Melayu, manakala 38 peratus lagi Cina dan selebihnya lain-lain.


0 comments:

share2