Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 26, 2018

PERGESERAN PEMIMPIN PKR BUKTI PEMBANGKANG TAK STABIL







Kota Kinabalu - Pergeseran dalam PKR ketika ini sudah cukup membuktikan mereka tidak mampu menerajui negara, kata Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, perbezaan pendapat berhubung pemilihan calon parti berkenaan bakal memberi kesan buruk kepada rakyat jika parti pembangkang diberi mandat menubuhkan kerajaan.

"Rakyat harus faham, pergeseran dalaman PKR amat dahsyat, Presiden (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan Timbalannya (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) mempunyai senarai calon berbeza sehingga mengakibatkan mereka bertelagah secara terbuka.

"Ini menunjukkan PKR tidak stabil, jika mereka menerajui negara akan memberi kesan buruk kepada rakyat, bagaimana mereka boleh mempunyai dua senarai calon berbeza," Katanya selepas melancarkan eUsahawan Bootcamp Edisi Sepanggar di Dewan Serbaguna Kingfisher, Likas, di sini, semalam.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, pergolakan dalaman PKR tidak akan terhenti kerana ramai yang tidak berpuas hati dengan dua kem berbeza dalam parti itu.

"Perbalahan membabitkan Wan Azizah dan Mohamed Azmin ini mungkin akan mengakibatkan jentera pilihan raya mereka lumpuh.

"Ia berbeza dengan BN, walaupun ada beberapa perbezaan pendapat berhubung pengagihan kerusi tetapi kita hanya ada satu senarai nama calon diperakui," katanya.

Terdahulu, Abdul Rahman berkata, eUsahawan yang diperkenalkan kerajaan bakal memberi peluang kepada rakyat Sabah khususnya golongan muda mengembangkan potensi perniagaan mereka.

"Dalam era digital ini, hampir semua perniagaan dilakukan menerusi internet dan peluang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan muda di negeri ini," katanya.


0 comments:

share2