Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 26, 2018

MANA HANNAH YEOH DAN GEROMBOLAN?



Arul Kanda memberi ceramah mengenai 1MDB baru-baru ini. - UTUSAN/SHAIRUDIN




Bajunya basah kuyup dengan peluh. Kepalanya yang dicukur bersih kelihatan manik-manik peluh dan akhirnya bercantum mengalir ke dahi.

Cuaca malam tadi tidaklah terlalu panas, tetapi suasa di dalam sebuah dewan di Subang Jaya memang panas. Sudah tentulah kerana ia tempat berlangsung majlis penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Arul Kanda memang bersahaja ketika menjawab apa juga soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diberi juga cukup meyakinkan. Tetapi bahasa tubuhnya tidak dapat menyembunyi keresahannya apabila peluh mencurah-curah walaupun beliau seorang pendebat yang hebat sejak zaman sekolah lagi.

Ditanya apakah rahsia beliau kelihatan begitu tenang, jawapan yang diberi adalah mudah `berani kerana benar’.

Pelbagai soalan yang diluar jangka dikemukakan oleh hadirin. Tapi sangat mengecewakan kerana pemimpin pembangkang dari kawasan itu yang lantang mengkritik, Hannah Yeoh tidak hadir, sedangkan majlis berkenaan diadakan di kawasannya.

Bukan itu sahaja, penyokong pembangkang sendiri tidak hadir. Ini jelas menunjukkan mereka tidak gemar untuk mendengar penjelasan sebenar, tetapi lebih gemar memutar belit fakta untuk mengelirukan rakyat.

Saya sendiri setelah tiga pusingan mengikuti ceramah oleh Arul Kanda barulah memahami isu berkenaan. Bukan kerana isu berkenaan terlalu rumit, tetapi kerana terlalu banyak kekeliruan yang berpunca daripada pembangkang.

Pihak pembangkang lebih gemar menyerang dan menuduh di media sosial, tetapi tidak berusaha untuk mencari kebenaran.

Tengok sahaja apabila pemimpin DAP yang hebat Dr. Tan Seng Giaw bercakap benar berhubung isu tersebut terus dipinggirkan dan tidak dicalon pada pilihan raya kali ini.

Begitu juga apabila Utusan Online menyiarkan secara langsung di Facebook penerangan mengenai isu berkenaan, kebanyakan penyokong pembangkang yang masuk menggunakan akaun palsu begitu gigih memberi komen-komen negatif.

Jika siaran langsung selama dua jam, selama itu jugalah mereka terus melempar tuduhan liar dan saya andaikan mereka tidak langsung mendengar penjelasan yang sebenar.

Sebagaimana yang telah dikatakan berkali-kali oleh Arul Kanda isu 1MDB adalah kelemahan pengurusan perniagaan yang telah dipolitikkan.

Saya tidak berminat untuk menghuraikan segalanya kerana video lengkap penjelasan isu berkenaan memang telah terdapat di Facebook Utusan Online yang sejak disiarkan telah ditonton oleh lebih 200,000 orang.

Kebelakangan ini nampaknya agak kurang komen negatif dilemparkan apabila siaran langsung di media sosial berkenaan dibuat, mungkin tentera siber pembangkang sibuk mempertahankan kubu mereka apabila pihak berkenaan juga kini giat mengadakan siaran langsung.

Dalam pada itu ketika ditanya bagaimana beliau menangani tekanan kerana perlu setiap hari turun ke lapangan berceramah dan semua tertumpu kepada beliau, Arul Kanda memberitahu, apabila dapat keluar dan berkomunikasi dengan orang ramai banyak mengurangkan tekanan.

Lagipun keluarga dan orang terdekat beliau sangat memahami akan tugas yang dijalankan.

Arul Kanda turut menjelaskan tanggungjawab itu dipikul bukan kerana wang. Gaji beliau di syarikat terdahulu sudah cukup untuknya, tetapi sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah syarikat dia rasa terpanggil memikulnya.

Mengikut lawan sesawang www.arulkanda.com yang baru dilancarkan, sebelum ini, beliau Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pelaburan Perbankan di Bank Komersil Abu Dhabi pada Julai 2008. Pernah memegang beberapa jawatan tinggi di syarikat Barclays Capital dan Credit Agricole.

Arul Kanda juga pernah memegang portfolio sebagai Head of Islamic Financing Solutions di Barclays Capital, Dubai bermula September 2006 hingga Julai 2008. Di syarikat CALYON, London pula, beliau pernah menjadi Ketua Bahagian Perbankan Islam bermula Januari 2002 hingga Jun 2003.

Selepas ini beberapa siri ceramah dan forum bagi menjelaskan isu itu akan diadakan di sekitar Selangor dan diharapkan orang ramai datanglah beramai-ramai jika mereka mahu mendengar tentang kebenaran.

Wawancara malam tadi ditutup dengan kata-kata “Saya hendak diingati sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai kelebihan dan mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan isu di syarikat ini.

“Saya tidak begitu tertekan dalam menguruskan 1MDB sebab saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Saya bukan yang buat masalah, saya masuk sebagai orang yang hendak menyelesaikan masalah,” kata Arul Kanda


0 comments:

share2