Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 2, 2018

PELAKON TANAH KUBUR RUGI RM1,200



Pelakon Tanah Kubur rugi RM1,200



Seremban - Pelakon, Meor Mohd Afif Meor Mohd Affandi, 28, mengalami kerugian RM1,200 selepas dompetnya dicuri di pusat beli belah di Kemayan Square di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu berlaku ketika mangsa bersama isteri dan anaknya yang berusia 11 bulan berkunjung ke sebuah butik di tingkat dua pusat beli belah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, mangsa yang telah membuat laporan polis jam 2.17 petang memberitahu kehilangan dompet yang diletakkan di bahagian belakang kereta sorong anaknya.

"Dia mengesyaki dompet itu telah dicuri seseorang dan anggaran kerugian iaitu RM1,200.

"Polis sedang berusaha untuk mengesan dan menangkap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Fatimah Tomin di talian 06-6033222 sambungan 3482 atau menghubungi balai polis berhampiran.


0 comments:

share2