Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 20, 2018

PELABURAN RAKYAT DALAM PNB BAKAL TERJEJAS DENGAN POLISI 'PAK PANDIR' PEMBANGKANG







Batu Pahat -- Pelaburan rakyat dalam Permodalan Nasional Bhd (PNB) bakal terjejas sekiranya pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara dengan polisi ?Pak Pandir' mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata mengikut kajian Kementerian Kewangan, penghapusan tol, cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dicanangkan dalam manifesto pembangkang dilihat akan meningkatkan hutang negara kepada RM1 trilion atau pada paras 80 peratus daripada 50.8 peratus ketika ini.

"Ia akan beri kesan buruk kepada Bursa Malaysia.. mata wang akan terkesan.. PNB akan terjejas.. amanah saham rakyat akan terjejas.

"Bursa (kini) semakin kukuh. Ini ada kait rapat pengurusan ekonomi negara yang memandang kehadapan. Ini bukan main-main (untuk) jadi bahan politik," katanya ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Stadium Batu Pahat, di sini, semalam.

PNB merupakan syarikat pelaburan terbesar negara dengan dana kira-kira RM200 bilion melalui 13.4 juta pemegang unit pelbagai dana amanah ASNB.

Untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) sahaja, PNB terkini telah membayar dividen sebanyak RM10.7 bilion yang dimanfaatkan oleh 9.1 juta pemegang unit.

Najib juga berkata 'rakyat mendapat rahmat' dengan pembayaran keseluruhan dividen sebanyak RM14.6 bilion oleh PNB pada 2017.

"Dengan track record (rekod prestasi) dan dasar perjuangan... yang wujudkan PNB... yang dekat di hati kerajaan adalah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kita tidak boleh bersifat populis. (Kita) raih sokongan dalam ruang lingkup tanggung jawab. We must be responsible (Kita perlu bertanggungjawab)," katanya.

Menurut Perdana Menteri, rakyat memahami bahawa jika GST dihapuskan sekalipun tiada jaminan harga barang akan turun.

"Malah rakyat juga memahami sekiranya cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan, pembangkang akan menokok 10 peratus dan enam peratus lagi..(this is) double jeorpady (Ini membahayakan).

"Polisi Pak Pandir pembangkang akan beri kesan buruk kepada ekonomi negara," katanya.

Najib juga berkata Manifesto BN yang dibentangkan pada 7 April lalu telah memberi kesan positif di mana tiga badan penarafan telah membuat 'semakan semula' lebih positif.

Bank Dunia telah meningkatkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kepada 5.6 peratus daripada 5.4 peratus sebelum ini.

Sementara itu, JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga lebih optimis terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, katanya.

"Manifesto BN mendapat penilaian tinggi. Mereka (badan penarafan) tidak sebut manifesto pembangkang kerana tiada nilai apa-apa," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Kumpulan PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad.


0 comments:

share2