Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 5, 2018

[MARAN] KAKITANGAN JKR IKRAR BEBAS RASUAH



Kakitangan JKR ikrar bebas rasuah




Seramai 66 orang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Maran menyatakan komitmen bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menolak rasuah dengan mengambil inisiatif melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), semalam.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Pejabat Agama Islam Maran itu dihadiri pegawai pengurusan JKR yang terdiri daripada Jurutera Daerah, Jurutera Jalan, Jurutera Bangunan, Penolong Juruukur Bahan, Pen Jurutera Elektrik, Penolong Jurutera Awam dan semua kakitangan sokongan.

Jurutera JKR Daerah Maran, Mohd Zaky bin Zakaria berkata, inisiatif IBR itu diharap dapat meningkatkan integriti dan ketelusan dalam cara kerja dan pentadbiran JKR Daerah Maran serta kakitangannya.

“Ikrar Bebas Rasuah ini memberikan penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat para pemimpin organisasi dan warganya secara sukarela agar sentiasa komited dan bertanggungjawab di dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada perlakuan rasuah.

“Pada masa yang sama beberapa program susulan juga sedang dirancang pihak pengurusan daerah Maran agar dapat menjauhi apa jua amalan yang boleh menyumbang kepada berlakunya rasuah,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dengan disaksikan Timbalan Pengarah SPRM Negeri Pahang, Jamaluddin Puteh.


0 comments:

share2