Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 6, 2018

[KUALA KRAU] PEMUDA SEDIA GEMPUR DUN DAN PARLIMEN



Mohd Fadzlie Abdul Mubin




Pemuda BN Parlimen Kuala Krau akan mengerakkan kira-kira 1,000 anggota gerak gempur di barisan hadapan bagi memastikan parti itu BN menang besar pada PRU14.

Ketuanya Mohd Fadzlie Abdul Mubin berkata, anggota terbabit diserap ke dalam pasukan gerak gempur supaya dapat menarik pengundi baharu di tiga Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Jengka, Kerdau dan Jenderak.

“Pasukan ini bergerak bersepadu bersama Puteri dan Wanita menjalankan kempen dari rumah ke rumah dan sebagainya.

“Kita sentiasa memantau dan menyediakan peti undi di setiap kawasan semasa kempen pilihan raya bagi mengelakkan ketirisan maklumat untuk disampaikan kepada pengundi.

“Ini termasuk menjawab fitnah yang disebarkan pembangkang untuk menjatuhkan reputasi Umno dan BN," katanya kepada satu sidang media di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau yakin BN akan terus mengekalkan tiga Dun dan Parlimen pada pilihan raya ini dengan Pemuda akan pastikan pengundi mendapat maklumat selain memastikan mereka keluar mengundi di tempat yang ditentukan.

Dalam pada itu beliau berkata, Pemuda akan membantu pengundi membuat semakan nama dan tempat mereka mengundi apabila tarikh sebenar pilihan raya diumumkan bagi memastikan pengundi tidak terkeliru dan tercicir tempat mereka mengundi.

“Langkah tersebut diambil kerana bimbang ada kemungkinan nama pengundi hilang pada buku pendaftaran kerana nama mereka mungkin dipindahkan pihak tidak bertanggungjawab ke kawasan lain.

“Jika ini berlaku dan tiada tindakan segera, maka ia bukan sahaja merugikan pengundi, malah kepada parti bertanding.

“Pemuda telah bersedia untuk melancarkan kempen PRU14 dengan menubuhkan pasukan gerak gempur yang akan bergerak secara bersepadu bersama sayap parti Puteri dan Wanita Umno menjalankan kempen dari rumah ke rumah dan sebagainya.


0 comments:

share2