Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 16, 2018

MALAYSIA DIIKTIRAF NEGARA PALING BERJAYA BANTU GOLONGAN MISKIN


Malaysia diiktiraf negara paling berjaya bantu golongan miskin



Pekan – Malaysia diiktiraf sebagai negara paling berjaya di dunia dalam soal membantu golongan susah dan berpendapatan rendah menerusi pelbagai dasar yang telah dilaksanakan kerajaan sejak dahulu hingga sekarang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata dasar itu dilaksanakan secara konsisten sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein iaitu ayahanda beliau sendiri dengan mewujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda).

Katanya ia diikuti dengan penubuhan pelbagai agensi lain seperi Felcra, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional (Tekun), dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada 1987 yang menjadi antara medium untuk golongan itu mengubah corak kehidupan mereka.

“Sebagai sebuah kerajaan, saya berpegang kepada prinsip dan falsafah yang merupakan kesinambungan perjuangan ayahanda saya yang menjadi pencetus serta mengilhamkan Dasar Ekonomi Baharu sebagai penggerak utama pembangunan luar bandar.”

“Dalam perjuangannya, antara yang menjadi perhatian utama ialah bagaimana nak mengubah dan menolong orang kampung dan miskin. Hal ini tidak dapat dinafikan apabila kedudukan golongan miskin terutama di kawasan luar bandar mulai berubah bertitik tolak daripada situ.”

0 comments:

share2