Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 16, 2018

MARA AKAN TERUS 'DIJAGA' SELAGI BN MEMERINTAH


MARA akan terus ‘dijaga’ selagi BN memerintah



Kuala Lumpur – Perdana Menteri memberi jaminan yang MARA akan terus wujud dan ‘dijaga’ sebagai institusi kebanggaan Melayu dan bumiputera selagi negara ini diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Najib Razak menegaskan, sudah tertulis dengan jelas dalam fasal parti, bahawa hak Melayu dan Bumiputera akan diperjuang. Maka, MARA adalah badan yang penting dalam merealisasikan perjuangan itu.

Menurutnya, kelahiran MARA hari ini adalah kerana dasar dan perjuangan kerajaan yang secara berterusan menjaga kebajikan dan hal ehwal institusi tersebut demi masa depan orang Melayu dan bumiputera.

“Kewujudan MARA dekat di hati saya kerana pengasas MARA sendiri adalah bapa saya, (perdana menteri kedua) Allahyarham Tun Abdul Razak (Hussein). Maka pada saya, kesinambungan perjuangan terdahulu perlu dan akan diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada program “Himpunan Saya Anak MARA” di UniKL MIAT di Subang dekat sini, hari ini.

Selain itu, kata Najib, dasar bumiputera dan agenda pemerkasaan Melayu termasuk ekonomi adalah agenda nasional dan kerana itu, MARA akan terus menjadi kebanggaan negara.

Jika MARA tergelincir dalam landasan perjuangan, katanya, pastinya jutaan anak-anak kelahiran MARA termasuk yang memegang jawatan penting dalam UMNO dan BN tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku.

Beliau turut memberi gambaran bahawa situasi yang dinikmati MARA ketika ini tidak akan berlaku jika pembangkang menjadi kerajaan.

Najib dalam masa yang sama yakin angan-angan pembangkang yang mendakwa akan berlaku tsunami Melayu dalam PRU-14 ini tidak akan berlaku berdasarkan sokongan kaum majoriti itu tetap bersama UMNO dan BN.


0 comments:

share2