Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 16, 2018

NAJIB MILIKI REKOD BOLEH DINILAI - THE NATIONAL


Image result for najib



Kuala Lumpur – Felo Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Sholto Byrnes memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mene­rajui kerajaan sejak 2009 kerana telah memiliki rekod prestasi yang boleh dinilai oleh seluruh rakyat.

Byrnes seperti yang dipetik dalam portal The National berkata, apa yang telah dilakukan Najib sejak 2009 adalah mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 2.7 juta, pertumbuhan ekonomi negara menghampiri enam peratus sepanjang tahun lalu, membasmi kemiskinan selain mempunyai data statistik yang boleh dipuji Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Katanya, pengundi dan pelabur-pelabur antarabangsa juga menyedari bahawa mereka boleh mendapat dasar-dasar yang menyokong persekitaran perniagaan melalui pemerintahan Najib.

“Dasar-dasar yang diperke­nalkannya membolehkan Penga­sas Air Asia, Tony Fernandes menggelar Najib sebagai bapa perjalanan tambang murah, memperkasakan wanita dan inovasi, hubungan kukuh dengan China, dasar pandang luar serta tekad untuk menangani radikalisme dan keganasan sehingga Perdana Menteri India, Narendra Modi menggambarkan Najib sebagai inspirasi kepada seluruh rantau,” katanya.

Tambah Byrnes, apa yang boleh dijangka menerusi gabungan pembangkang PKR adalah tidak jelas sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, ini kerana gabungan pembangkang itu tidak pernah memenangi mana-mana PRU walaupun kini memerintah kerajaan nege­ri yang kaya raya seperti Sela­ngor dan Pulau Pinang sejak 2008.

Malah, beliau memberitahu, masalah yang muncul adalah gabungan pembangkang PKR yang terdiri daripada PKR, PAN, DAP dan PPBM mempunyai kepenti­ngan tersendiri dan menyerlahkan jurang perbezaan visi untuk Malaysia.

“Kredibiliti pembangkang ada­lah sangat cacat teruk. Seperti mana kolumnis liberal dan penulis Martin Jacque berpendapat, gabungan pembangkang ini adalah tidak sepadan, tidak sepatutnya dan sukar,” katanya.

Sumber

0 comments:

share2