1. Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada hari ini setelah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tengahari semalam.
2. Masih ada yang keliru dengan status kerajaan setelah pembubaran parlimen ini berkuatkuasa.
3. Perkara pokok perlu diketahui umum adalah berkenaan pengasingan kuasa kepada 3 badan, iaitu Legislatif (Dewan Rakyat), Eksekutif (Kabinet) dan Kehakiman (Mahkamah).
4. Pertama, pembubaran parlimen hanya melibatkan badan Legislatif, bermakna badan Eksekutif dan Kehakiman masih berkuatkuasa seperti biasa.
5. Maksudnya Kabinet masih lagi berfungsi berdasarkan Fasal 43 Perlembagaan Persekutuan dengan menjalankan kuasa-kuasa Eksekutif secara interim sehingga Yang DiPertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu selepas pilihanraya.
6. Kedua, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan, namun Dewan Negara masih lagi berkuasa dan Speaker Dewan Negara serta Ahli Dewan Negara masih kekal.
7. Perkara ini adalah bertentangan dengan konsep 'Caretaker Government' seperti di Australia dan New Zealand yang melantik kakitangan kerajaan sebagai 'penjaga sementara negara'.
8. Ini bermakna, kerajaan yang memerintah sebelum pembubaran tersebut akan terus menerajui kerajaan sehinggalah sebuah kerajaan baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.
9. Pemerintah semasa tetap menjadi pemerintah sehinggalah selesai proses pilihanraya. Pendapat yang mengatakan pemerintah dalam tempoh pasca pembubaran parlimen bukan lagi penguasa atau pemerintah yang perlu ditaati adalah suatu kesimpulan yang salah.
10. Hakikatnya, walaupun parlimen dibubarkan, pemerintah iaitu Perdana Menteri dan Menteri-Menteri masih wujud. Kuasanya juga tetap sama tidak berkurang sedikit pun. Mengundi pihak lawannya adalah bererti mengundi untuk menjatuhkan pemerintah Islam semasa.
11. Apatah lagi, pemerintah telah meminta mandat memberikan undi kepada mereka, yang mana permintaan perlu dipatuhi samada suka atau tidak berdalilkan dari hadis Nabi ﷺ,
عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- أَنَّهُ قَالَ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
Dari Ibnu Umar, Nabi ﷺ bersabda,
_"Bagi setiap muslim, wajib taat dan mendengar kepada pemerintah kaum muslimin dalam hal yang disukai mahu pun hal yang tidak disukai (dibenci) kecuali jika diperintahkan dalam maksiat. Jika diperintahkan dalam hal maksiat, maka boleh menerima perintah tersebut dan tidak boleh taat (tidak taat dalam hal kemaksiatan itu sahaja, -pent)." [HR. Bukhari no. 7144 dan Muslim no. 1839]._
0 comments:
Post a Comment