Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 30, 2018

BANTAH CALON PPBM, BILIK GERAKAN PH DITUTUP






Pasir Mas: Pakatan Harapan (PH) DUN Tendong, Pasir Mas bertindak menutup bilik operasi utama bagi kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kerana membantah pencalonan Wan Zulkhairi Wan Mad Zain sebagai calon PPBM di DUN tersebut.

Timbalan Ketua PPBM Pasir Mas, Samsudin Samad berkata, keputusan pucuk pimpinan PPBM memilih Wan Zulkhairi yang juga bukan anak tempatan sebagai calon jelas tidak menghormati keputusan ketua bahagian yang menyenaraikan 3 calon tempatan untuk bertanding di Tendong.

“Kita adakan sidang media khusus untuk menyampaikan mesej yang sangat jelas bahawa kita PPBM peringkat DUN Tendong terkilan dan tidak puas hati dengan pemilihan calon di sini.

“Jadi kami PPBM di peringkat DUN Tendong memutuskan untuk tidak membantu calon yang dipilih dan menutup dan merobohkan bilik operasi utama PPBM dan PH DUN Tendong,” katanya semasa sidang media di Pasir Mas hari ini sambil memaklumkan keputusan menutup bilik operasi ini mencalarkan kedudukan PPBM di DUN Tendong.

Samsudin berkata, berdasarkan calon tempatan yang disenarai pendek ketua bahagian untuk bertanding di Tendong adalah beliau sendiri, penyelaras DUN Tendong yang juga naib ketua PPBM Pasir Mas, Nuur Zabar Kamarnordin dan Zahid Harin yang juga bekas ketua pengarah Mara Kelantan.

Sementara itu, Nuur Zabar mendakwa pengerusi PPBM Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sebagai penipu kerana mengenepikan ketepikan peranan ketua bahagian.

“Beliau berjanji pemilihan calon dari ketua bahagian, beliau tidak mengotakan janji, Datuk Kamaruddin dia tipu kita sebab itu kita marah,” katanya sambil mendakwa Wan Zulkhairi adalah kroni Kamaruddin.

Pada PRU kali ini, Tendong bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara Zulkhairi, penyandangnya Rozi Muhamad (PAS), Yahaya Mamat (BM) dan Datuk Ibrahim Ali (bebas).

PRU lepas, Rozi memenangi kerusi Tendong dengan majoriti tipis 978 undi menewaskan Datuk Hanafi Mamat dari BN.


0 comments:

share2