Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 28, 2018

4 PENJURU DI PEKAN



PM Najib - PRU14



Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak dicabar calon PPBM, Mohamad Zahid Mat Arip yang bertanding atas logo PKR; calon PAS, Ahiatudin Daud dan Datuk Kadir Sainudin (Bebas).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14, di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Mohamad Zahid merupakan Ahli Majlis Tertinggi PPBM manakala Ahiatudin yang juga pesara tentera berpangkat kapten ialah Timbalan Ketua PAS Pekan dan Kadir dikatakan seorang kontraktor dari Johor.

Najib, yang berbaju Melayu biru tua dan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Bangunan UMNO Pekan pada 8.35 pagi, dan berarak bersama-sama penyokongnya selama lima minit menuju ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 300 meter dari bangunan tersebut.

Beliau diiringi empat calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, iaitu Dato' Khairuddin Mahmud (Pulau Manis), Dato' Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya), Dato' Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar) dan Dato' Sri Abu Bakar Harun (Chini).

Najib, yang menyandang kerusi Parlimen Pekan sejak 1976, dilihat tersenyum dan melambai kepada penyokong BN yang kelihatan cukup bersemangat mengibarkan bendera BN bersama pelbagai sepanduk sambil melaungkan ‘Hidup BN’ di sepanjang laluan menuju ke dewan konvensyen.

Pada PRU13, Najib menang dengan majoriti 35,613 undi dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon PKR Mohd Fariz Abd Talib.


0 comments:

share2