Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 28, 2018

EMPAT PENJURU DI DUN TIOMAN



Empat penjuru di Dun Tioman



Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman menyaksikan perlawanan empat penjuru apabila terdapat seorang calon bebas diumumkan bertanding di kerusi berkenaan.

Calon lain yang turut diumumkan bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rompin P091, Dato' Mohd Zulkifli Hashim adalah calon BN, Dato' Sri Mohd Johari Hussain, calon Pas, Md Yunus Ramli dan calon PKR, Ahmad Sazili Mohd Nor.

Ia bukanlah suatu yang mengejutkan kerana calon bebas, Mohd Zolfakar Taib, 48, pernah bertanding di kerusi sama pada PRU13.

Ketika itu berlaku perlawanan tiga penjuru yang turut ditandingi calon BN, Dato' Sri Mohd Johari Hussain, calon Pas, Mohd Fadzli Mohd Ramly.

Bagaimana pun, kerusi Dun Tioman dimenangi oleh Mohd Johari dengan jumlah undi 8,883, Mohd Fadzli memperoleh 4,797 undi manakala Mohd Zolfakar hanya mendapat 71 undi sekali gus hilang deposit.


0 comments:

share2