Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 23, 2018

[ROMPIN] ‘TAK PERNAH GAJAH DATANG SEDEKAT INI'



 ‘Tak pernah gajah datang sedekat ini’



Kehadiran gajah dipercayai dari hutan berhampiran ke kawasan penempatan Felda Selendang 2 membimbangkan penduduk.

Penduduk menyedarinya Isnin lalu selepas gajah berkenaan merosakkan pokok pisang yang ditanam berhampiran kira-kira 10 rumah di Felda itu.

Ketua Peneroka Felda Selendang 2, Husin Hasan, berkata, kerosakan yang teruk mula disedari semalam namun tidak pasti gajah itu berkumpulan atau sebaliknya.

Husin berkata, beliau menerima laporan daripada penduduk berhampiran yang bimbang dengan keselamatan mereka.

“Gajah ini merosakkan pokok pisang ini pada waktu malam dan tidak disedari penduduk berhampiran.

“Bila pagi mereka keluar dan lihat habis semua pokok pisang rosak serta ada najis gajah di merata-rata, saya buat laporan kepada pengurusan Felda Selendang 2 sebelum memanjangkannya kepada Jabatan Perhilitan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Husin berkata, sebelum ini ada kejadian seumpamanya namun di kawasan ladang dan jauh dengan penempatan peneroka.

Katanya, bagi kes ini ia merupakan kali pertama gajah merayau rapat selain membuat kerosakan.

“Jabatan Perhilitan telah pun datang semalam dan disusuli juga hari ini bagi menjejak gajah berkenaan.

“Kita harap ia sudah pergi jauh dan tidak lagi datang ke sini sekali gus tidak menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk,” katanya.


0 comments:

share2