Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 21, 2018

[PEKAN] PENYU MATI TERBELIT PUKAT



Penyu mati terbelit pukat




Seekor penyu dipercayai spesies penyu belimbing ditemui mati dalam keadaan badan terbelit pukat di pantai Nenasi, Pekan, awal pagi tadi.

Penyu yang dianggarkan seberat lebih 40 kilogram itu ditemui kira-kira jam 6 pagi oleh seorang nelayan pantai yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan untuk ke laut.

Nelayan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lan, 37, berkata, pada mulanya dia menyangka objek yang dilihatnya itu hanya bongkah kayu, namun mula curiga selepas terhidu bau busuk.

Selepas didekati, dia lihat objek yang terdampar itu seekor penyu yang sudah mati.

“Saya tidak menolak kemungkinan ia mati akibat terjerut pukat berdasarkan penemuan kesan tali pukat pada tubuh haiwan itu.

“Penemuan bangkai penyu ini dimaklumkan kepada pejabat perikanan daerah untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Lan berkata, penemuan bangkai penyu itu kali kedua tahun ini, manakala dua tahun lalu lima bangkai penyu terdampar di pantai itu.


0 comments:

share2