Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 23, 2018

[LANCHANG] PENEROKA DAPAT INSENTIF



Peneroka dapat insentif




Felda telah memperuntukkan insentif peneroka sifar hutang sebanyak RM35 juta kepada kira-kira 7,000 peneroka di seluruh negara mulai tahun 2017.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad berkata, insentif tersebut adalah sebahagian daripada penghargaan Felda kepada peneroka yang sudah bebas daripada hutang.

“Seramai 7,000 peneroka di seluruh negara yang tidak mempunyai hutang dengan Felda akan menerima insentif ini.

“Bila kita lupus hutang peneroka yang lain, kita dapati ada yang tiada hutang. Jadi kita bayar RM5,000 tunai,” katanya dalam sidang media pada Majlis Ramah Mesra bersama warga Felda Lakum, semalama.

Turut hadir sama, Adun Lanchang yang juga Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin.

Seramai 22 peneroka Felda Bukit Damar dan Felda Lakum dekat Lancang, di sini menerima insentif sifar hutang sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Daripada jumlah itu, seramai 13 peneroka dari Felda Bukit Damar manakala selebihnya dari Felda Lakum.


0 comments:

share2