Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan pihak bertanggungjawab supaya mengkaji struktur jalan Sungai Koyan - Lembah Bertam, Lipis yang runtuh pada 3 Februari lalu.
Tengku Abdullah bertitah, kajian itu penting agar kejadian sama tidak berulang dalam jangka masa panjang.
Titah baginda, sekiranya ia tidak dijalankan pada masa kini, kos penyelenggaraan dan baik pulih akan lebih tinggi.
“Justeru, saya berharap cadangan ini diambil kira oleh kementerian berkenaan kerana jalan ini akan menjadi tumpuan pengguna pada masa akan datang.
“Saya membuat teguran ini demi keselamatan dan keselesaan rakyat yang menggunakan kemudahan jalan raya tersebut,” titahnya ketika berucap menyempurnakan perasmian Projek Membaikpulih Jalan Menggunakan Kaedah Cold-In-Place -Recycling (CIPR) DI C106, Jalan Teluk Ganchong Lepar, di sini, semalam.
Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Kerja Raya , Datuk Seri Fadillah Yusof dan Pengarah Urusan YP Mantainance Sdn Bhd, Dato' Seri Hasnur Rabian Ismail.
Tengku Abdullah juga mahu semua projek jalan raya di negeri ini dilaksanakan dengan baik dan menepati standard.
0 comments:
Post a Comment