Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 22, 2018

MUKHRIZ BERBOHONG






Kuala Lumpur – Ketua SCL Group Asia Tenggara, Azrin Zizal berkata, beliau masih bekerja dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara peribadi dan memberikan nasihat komunikasi dan strategi sehingga tahun 2015.

Ia termasuk semasa Pilihan Raya Umum 2013 dan semasa Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjadi Menteri Besar Kedah.

“Mukhriz berkata saya hanya pegawai medianya sehingga tahun 2013 dan saya tidak lagi bekerja untuknya apabila beliau menjadi Menteri Besar Kedah. Tetapi perkara ini benar-benar palsu.

“Saya bekerja untuk Mukhriz secara peribadi dan memberikan nasihat komunikasi dan strategi untuknya sehingga 2015, termasuk semasa Pilihan Raya Umum 2013 dan seterusnya ketika beliau menjadi Menteri Besar. Saya akan berikan bukti jika beliau terus memalsukan kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, khidmat nasihat pada Pilihan Raya 2013 untuk Kedah disediakan kepada Mukhriz secara peribadi.

Lantaran itu, Azrin berkata, Mukhriz berbohong mengenai nasihat yang diterima daripada CA pada tahun 2013.

“Sudah tiba masanya untuk Mukhriz berhenti memutarbelitkan fakta-fakta dengan sengaja untuk menyelamatkan dirinya dan kelihatan bersih,” kata Azrin.

Azrin membuat kenyataan itu selepas Mukhriz menafikan penglibatannya dengan firma perunding politik CA.

Menerusi Twitter beliau, Mukhriz memberitahu, Azrin hanya menjadi pegawai medianya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2009 hingga 2013.

Malah, Mukhriz juga menafikan Azrin tidak diambil bekerja dengannya sebagai wakil SCL Group atau CA dan bukan lagi pegawai medianya semasa menjadi Menteri Besar Kedah.

Secara sinis, Azrin berkata, kemungkinan Mukhriz cuba menafikan tugasnya dan manfaat yang telah beliau peroleh daripada nasihat kepadanya dari Cambridge Analytica/ SCL Group untuk Kedah pada Pilihan Raya Umum 2013, juga menidakkan kejayaan Kedah memenangi enam parlimen tambahan kerusi, memenangi negeri itu dan menjadi menteri besar.

Dalam kenyataan itu, Azrin turut menolak dakwaan CA bekerja untuk Barisan Nasional adalah tidak benar.

“Tidak pernah ada CA atau induk SCL Group yang pernah bekerja atau dibayar oleh BN atau mana-mana bahagian dalam Kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Isu bantuan CA dicetuskan oleh Timbalan Pengerusi Strategi dan Dasar PPBM, Wan Saiful Wan Jan yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jika benar BN menggunakan khidmat CA pada Pilihan Raya 2013.

Gesaan itu dibuat selepas laman web CA Political mendakwa firma itu pernah membantu Najib menawan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


0 comments:

share2