Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 21, 2018

[CAMERON HIGHLANDS] BOMBA SELAMATKAN REMAJA TERSEPIT



Bomba selamatkan remaja tersepit kaki di celah batu



Seorang remaja Orang Asli terpaksa menahan kesakitan hampir lima jam selepas kakinya tersepit di celah batu ketika mandi di sungai Kampung Susur Tenalok, Cameron Highlands, pagi semalam.

Kejadian menimpa remaja berusia 15 tahun itu hanya dimaklumkan kepada pihak bomba jam 2 petang sedangkan kakinya tersepit sejak jam 11 pagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2 petang sebelum lapan anggota dari balai bomba Ringlet ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Menurutnya, anggota tiba jam 2.51 petang dan mendapati remaja berkenaan dalam keadaan kesakitan dan kesejukan setelah terperangkap dalam air agak lama.

“Operasi penyelamatan segera dijalankan dengan Rela, polis, kakitangan Tenaga Nasional Berhad dan penduduk kampung.

“Mangsa yang diselamatkan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan jam 4.46 petang.


0 comments:

share2