Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 16, 2018

[KUANTAN] TIGA AGEN AH LONG MENGAKU BERSALAH EDAR KAD PINJAMAN WANG


Tiga agen Ah Long mengaku bersalah edar kad pinjaman wang



Tiga rakan yang juga agen syarikat pinjaman wang tanpa lesen mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, semalam atas kesalahan mengedar kad pinjaman wang tanpa lesen, Selasa lalu.

Ketiga-tiga tertuduh iaitu Yap Joon Seong, 29, Teh Wui Hong, 25, dan seorang lagi remaja berusia 16 tahun telah membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama melakukan kesalahan dengan mengedar kad dan gegantung pinjaman wang yang tertera nombor telefon.

Mereka didakwa cuba mengelirukan dan tidak jujur dengan mendorong mana-mana orang untuk meminjam wang atau setuju dengan terma-terma di mana wang itu akan diberi pinjam.

Ketiga-tiga tertuduh telah melakukan kesalahan tersebut di Parkir Restoran Zaman, Jalan Gambang kira-kira jam 11.30 pagi, 13 Februari 2018.

Dalam pada itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan Wui Hong dan Joon Seong dikenakan denda RM2,000, manakala remaja tersebut dikenakan ikat jamin RM1,000 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 14 Mac depan, sebagai tarikh sebutan semula kes bagi remaja terbabit.


0 comments:

share2