Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 19, 2018

[KUANTAN] PENTERNAK IKAN RUGI RM837,417 AKIBAT BANJIR



Penternak ikan rugi RM837,417 akibat banjir



Penternak ikan sangkar dan kolam di sembilan daerah di negeri ini mengalami kerugian lebih RM8,000 disebabkan bencana banjir bulan lalu.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Azahari Othman berkata, pihaknya mengenal pasti seramai 58 penternak terjejas ekoran banjir yang berlaku membabitkan kerugian berjumlah RM 837,417.

Menurutnya, Temerloh mencatat jumlah teramai penternak yang terjejas iaitu 32 orang diikuti Kuantan (13 ), Maran (empat) serta masing-masing dua di Rompin, Pekan dan Bera. 


Abdul Manaf


“Dianggarkan sebanyak 202.86 tan pelbagai jenis ikan seperti patin, tilapia, lampam dan baung mati dan terlepas dibawa arus deras air sungai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, Temerloh mencatatkan jumlah terbanyak ikan mati dan hanyut iaitu sebanyak 173.26 tan diikuti 14 tan di Rompin dan di daerah lain antara satu hingga empat tan.

“Setiap penternak mengalami kerugian RM7,000 hingga RM122,000 mengikut jumlah ikan yang mereka ada.

“Untuk meringankan beban penternak jabatan menyediakan bantuan one off berupa benih ikan dan makanan ikan peringkat awal,” katanya.


0 comments:

share2