Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 21, 2018

SELARAS LAPAN PDM DI INDERA MAHKOTA


Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Abdul Hamid


Sebanyak lapan pusat daerah mengundi (PDM) dalam parlimen Indera Mahkota yang diketuai MCA sebelum ini akan dikendalikan secara bersama petugas daripada Umno.

Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Dato' Mustaffar Kamal Abdul Hamid berkata, keputusan itu hasil mesyuarat membabitkan semua pemimpin komponen BN Indera Mahkota minggu lalu.

Menurutnya, pada mesyuarat itu, semua pemimpin parti komponen BN dalam kawasan Indera Mahkota memberikan reaksi positif.

"Kita juga sudah bersetuju untuk melantik wakil daripada Umno sebagai penyelaras bersama di lapan PDM dalam kawasan ini yang sebelum ini diketuai pemimpin daripada MCA.

"Keputusan muktamad dicapai untuk melantik wakil Umno juga disambut baik oleh semua pihak dan kita akan putuskan nama wakil yang dipilih untuk bersama wakil MCA sebagai penyelaras bersama dalam perjumpaan yang dijadualkan Isnin ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Penutup Program Touch Point Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) 2017, di Kampung Balok Baru, semalam.

Turut hadir, Pengarah Polisas, Norlida Abd Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Balok, Mansor Mokhtar.

Dalam pada itu, Mustaffar Kamal berkata, pihaknya juga akan memberikan latihan kepada semua petugas dipilih untuk menjaga PDM di kawasan Indera Mahkota mulai bulan depan.

Katanya, latihan itu adalah untuk memantapkan lagi gerak kerja jentera menjelang PRU akan datang.


0 comments:

share2