Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri menyiasat aduan orang ramai berkenaan satu keluarga yang tidur di bawah jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan.
Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, hasil temubual dengan lelaki iaitu ketua keluarga mendapati dia bersama seorang anak lelaki berusia empat tahun telah bermalam selama tiga hari di bawah Jambatan Tanjung Lumpur dengan tujuan untuk membawa anak berehat dan keluar dari rumah.
"Kisah mereka tular di media sosial menyebabkan orang ramai menyumbangkan makanan dan kelengkapan lain.
Pegawai JKM membuat pemeriksaan di bawah Jambatan Tanjung Lumpur.
"JKM telah mengumpul maklumat bagi tujuan membantu keluarga ini khususnya dari aspek kewangan, perlindungan khususnya kpd anaknya serta bantuan khidmat kaunseling,"katanya.
Zulkhairi berkata, keluarga itu juga telah meninggalkan tempat tersebut menggunakan motosikal setelah banyak pihak mulai mengetahui kisah mereka melalui perkongsian di media sosial.
"Bagi mendapatkan maklumat lanjut bagi keluarga ini, petugas JKM telah menjejaki rumah mereka di Kampung Jaya Gading.
"Daripada hasil soal siasat yang dilakukan, lelaki itu bekerja mengutip barang lusuh,"katanya.
0 comments:
Post a Comment