Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 25, 2018

SALLEH: PEMBANGKANG TAK SEDAR PENGUNDI TOLAK MEREKA





Petaling Jaya: Respon oleh Pakatan Harapan (PH) berkenaan isu “Coca-Cola atau Pepsi” menunjukkan gabungan pembangkang itu tidak memahami kehendak pengundi yang sebenarnya menolak mereka, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Menerusi blognya hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu menyifatkan pembangkang tidak sedar bahawa pengundi cuba memberitahu bahawa berbanding PH, BN adalah lebih bagus walaupun mereka cuba menyakinkan sebaliknya.

“Pembangkang menjawab walaupun Coke berbanding Pepsi, anda masih boleh mengundi Pepsi kerana ia mungkin mempunyai rasa yang lebih baik daripada Coke.

“PH seolah-olah terlepas pandang. Apabila seseorang berkata ‘Coke versus Pepsi’ ia bermakna tidak ada perbezaan di antara kedua-duanya,” kata Salleh.

Bendahari UMNO itu berkata perdebatan itu dimulakan oleh aktivis politik yang berpendapat tiada guna keluar mengundi jika pilihan hanya “Coke” atau “Pepsi”.

“Pengundi bertanya kenapa perlu mengundi jika kedua-duanya sama? Sekiranya PH hanya merupakan BN 2.0 maka adalah lebih baik biarkan BN kekal dalam tampuk pemerintahan.

“PH nampaknya seolah-olah tidak memahami mesej yang dihantar oleh pengundi,” kata Salleh lagi.

Terdahulu, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dicalonkan sebagai perdana menteri PH membidas pihak yang membandingkan perlawanan antara PH dan BN dengan perbandingan antara Coca-Cola dan Pepsi.

Ia adalah susulan kempen merosakkan kertas undi oleh netizen di media sosial dan dikatakan berlaku apabila kecewa dengan calon perdana menteri pembangkang.


0 comments:

share2