Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 13, 2018

[ROMPIN] AKTIVITI PANTAI, PERKAPALAN DIHENTIKAN


Aktiviti pantai, perkapalan dihentikan di Rompin


Ekoran angin kencang dan laut bergelora di perairan Rompin dan Pulau Tioman, segala aktiviti di sepanjang pantai serta perkapalan diarahkan berhenti sehingga 14 Januari.

Pegawai Daerah Rompin, Dato' Mohd Zulkifli Hashim berkata, keadaan cuaca yang buruk itu amat berisiko kepada semua aktiviti di laut.


Mohd Zulkifli


Menurutnya, Jabatan Laut juga telah mengeluarkan arahan menangguhkan operasi feri ke Pulau Tioman.

"Arahan ini dikeluarkan selepas difahamkan keadaan terkini angin kencang Timur Laut melebihi 60 KM sejam manakala ketinggian ombak mencapai ketinggian 4.5 meter di perairan Rompin dan Pulau Tioman termasuk pulau lain sekitarnya," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.


0 comments:

share2