Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 23, 2018

RM1.88 BILION HARTA DISELAMATKAN BOMBA PAHANG


RM1.88 bilion harta diselamatkan Bomba Pahang


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berjaya menyelamatkan lebih RM1.88 bilion nilai harta benda daripada musnah akibat kebakaran di negeri ini dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun jumlahnya menunjukkan penurunan bagi tempoh 2015 hingga 2017 itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, daripada keseluruhan nilai taksiran yang diselamatkan akibat kebakaran bagi tempoh itu, RM819.44 juta dicatatkan pada 2015, RM721.95 juta pada 2016 dan terus menurun untuk 2017 apabila RM346.87 juta direkodkan.

Menurutnya, dalam tempoh sama, sebanyak RM427.7 juta nilai taksiran kerugian akibat kebakaran direkodkan di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, RM36.9 juta dicatatkan pada 2015 dan turun sebanyak RM3.941 juta atau 10.7 peratus kepada RM32.9 juta pada 2016.

“Bagaimanapun jumlah itu meningkat 985.8 peratus (RM324,928,869) kepada RM357.89 juta pada 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas Majlis Perhimpunan Tahunan Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang di sini, hari ini.

Abdul Wahab berkata, untuk tempoh itu juga, 523 nyawa berjaya diselamatkan akibat kebakaran dan menunjukkan peningkatan setiap tahun.

“Pada 2015, 163 mangsa kebakaran berjaya diselamatkan diikuti 173 mangsa pada 2016, dan meningkat kepada 190 mangsa pada 2017.

“Manakala mangsa yang diselamatkan bagi kes penyelamatan meningkat dari 2015 dan 2106 sebanyak 72 mangsa iaitu 297 pada 2015 kepada 369 pada 2016 dan meningkat sebanyak 124 mangsa kepada 493 pada 2017,” katanya.

Beliau berkata, kes kematian akibat kebakaran pada 2015 seramai dua orang, 2016 (4 orang) dan 2017 (6 orang).

“Manakala bagi kes kematian akibat penyelamatan, pada 2015 seramai 141 orang, 2016 (146 orang) dan 2017 (128 orang),” katanya.


0 comments:

share2