Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 21, 2018

PEMASANGAN JARING DI PPR SEDANG DILAKUKAN





Putrajaya – Kerja-kerja pemasangan jaring di projek-projek perumahan rakyat (PPR) di Kuala Lumpur sedang giat dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mempertingkatkan keselamatan penghuninya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu adalah bagi memastikan kejadian remaja lelaki maut selepas ditimpa kerusi yang dicampak dari tingkat atas PPR Kuala Lumpur minggu lalu tidak berulang.

Jelas beliau, pemasangan itu akan merangkumi 494 blok PPR sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan kira-kira 80,000 unit rumah.

“Ini merupakan kes kematian pertama seumpamanya tetapi tindakan membuang barang dari atas sudah berkali-kali berlaku. Jadi, kita akan mengadakan sesi penerangan yang lebih terperinci dilakukan oleh agensi seperti DBKL kepada penghuni tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan mereka.

“Bagi pemasangan jaring, ia dibiayai DBKL. Ada separuh tempat kita sudah mulakan dan kita memberi kepada DBKL untuk meletakkan jaring tertentu di bawah blok-blok PPR,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di sini hari ini.


0 comments:

share2