Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 12, 2018

MARKAS ROSAK AKIBAT RIBUT, UMNO KEPALA BATAS BERI SUMBANGAN KEPADA PAS




Kepala Batas - UMNO Bahagian Kepala Batas menerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin hari ini menyampaikan sumbangan awal kepada Pas Kepala Batas selepas markas di Kampung Paya Keladi Hujung di sini rosak teruk dilanda ribut petang semalam.

Roslan berkata, beliau diarahkan oleh Ahli Parlimen kawasan itu Datuk Seri Reezal Merican Nainan Merican untuk segera membantu dan meninjau kerosakan yang di alami markas itu yang turut dijadikan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Nurul Iman, lapor Utusan Online.

“Kita tolak ke tepi perbezaan fahaman politik tapi yang utama adalah tempat belajar kanak-kanak di sini yang rosak teruk akibat ribut lewat petang semalam.

“Datuk Seri Reezal pun mahu saya segera bantu pusat ini bagi mengelakkan pembelajaran mereka terganggu sekiranya perlu berpindah ke lokasi lain,” katanya kepada pemberita selepas bertemu Yang Dipertua Pas Kepala Batas Bukhori Ghazali di sini hari ini.

Selain Pasti itu, sebanyak 20 buah rumah turut terjejas akibat ribut yang bermula pukul 6.45 petang itu.


0 comments:

share2