Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 18, 2018

[KUANTAN] TAK SANGKA DAPAT RUMAH BAHARU


Tak sangka dapat rumah baharu


Seorang ibu tunggal tidak menyangka kebakaran yang memusnahkan rumahnya ‪pada 2 Februari lalu sehingga menyebabkan dia empat beranak hilang tempat tinggal akhirnya dapat didirikan semula.

Hasmiza Ibrahim, 43, berkata, rumah tersebut sudah didiaminya sejak dua bulan lalu, selepas kerajaan negeri menanggung semua kos membina semula rumah itu sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, dia bersyukur kerana tidak perlu mengeluarkan sebarang kos bagi pembinaan rumah terbabit.

"Rumah baharu ini dianggarkan berjumlah RM40,000 dibina khas secara bantuan daripada kerajaan negeri. Alhamdulillahlah saya bersyukur, ada hikmah di sebalik musibah yang ALLAH SWT berikan kepada saya dan DIA aturkan yang baik-baik untuk saya.

"Kalau saya nak bina rumah ini.. rasanya tak mampu memandangkan saya hanya bekerja sebagai pembantu kantin sekolah. Saya di bayar gaji RM35 sehari sekiranya saya bekerja, jika saya tak kerja,saya tak ada gaji," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Isap di sini.

Sebelum itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mencemar dulu melawat kediaman baharunya itu.

Hasmiza turut menyuarakan rasa gembira dan teruja dengan kehadiran baginda yang sudi melawat rumah baharunya itu.

"Tuanku (Tengku Abdullah) sungguh berjiwa rakyat dan sudi menjenguk rumah baharu patik.. Terima kasih Tuanku," katanya.

Dalam pada itu, Hamiza berkata, sebelum ini, dia menetap bersama ibu dan ayahnya di Sungai Isap Persana di sini, sementara menunggu rumahnya siap.

Tambahnya, kini dia tidak perlu lagi menyusahkan keluarganya kerana sudah memiliki kediaman sendiri.

Pada 2 Februari lalu, Sinar Harian ada melaporkan kisah Hasmiza dan empat anak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka terbakar di Kampung Sungai Isap.

Kebakaran tersebut memusnahkan keseluruhan rumah kayu di diaminya mengakibatkan dia mengalami kerugian hampir RM17,000 .

Hasmiza berkata, ketika kejadian berlaku, dia berada di rumah bapanya di Sungai Isap Perdana bersama anak bongsu kerana mahu menunggu seorang adik dari Kuala Lumpur yang berhasrat pulang ke kampung.


0 comments:

share2