Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 15, 2018

JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG MENURUN


Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun


Seramai 53 mangsa daripada 15 keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Seri Damai dan Kampung Pahang di sini yang kembali dibuka selepas kawasan itu kembali dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak kelmarin sudah ditutup, petang semalam.

Turut ditutup PPS di masjid Kampung Kuala Semantan, Raub apabila sembilan mangsa daripada tiga keluarga yang dipindahkan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga jam 5 petang semalam, jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini seramai 1,532 daripada 396 keluarga berada di 14 PPS dengan dua daerah masih terjejas.

Pekan mencatatkan jumlah bilangan masa tertinggi dengan 1,238 mangsa daripada 315 keluarga yang kini berada di 10 PPS.

Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,299 mangsa daripada 326 keluarga yang dilaporkan jam 10 pagi semalam.

Bagaimanapun bilangan mangsa banjir yang berada di empat pusat pemindahan di daerah Rompin iaitu di Kampung Setajam, Kampung Pianggu, Leban Chondong dan Kampung Tekek, Pulau Tioman kekal 294 mangsa daripada 81 keluarga terjejas.


0 comments:

share2