Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, January 6, 2018

BANJIR DI PAHANG KIAN PULIH


Banjir baru



Banjir di Pahang kian pulih apabila jumlah mangsa banjir yang berada di 43 pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 5,971 mangsa melibatkan 1,631 keluarga sehingga jam 10.30 pagi tadi.

Ia menunjukkan penurunan berbanding petang semalam dengan 7,973 mangsa melibatkan 2,193 keluarga yang terjejas berada di PPS.

Temerloh menjadi daerah terbaharu dilanda banjir apabila dua PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Telok Ira dan Surau Kampung Lompat yang menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga terjejas.

Secara keseluruhannya, Kuantan kekal mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 4,243 mangsa daripada 1,196 keluarga dan 22 PPS masih dibuka.

Jumlah itu dijangka terus menurun ekoran keadaan cuaca semakin baik sejak petang semalam.

Bagaimanapun bilangan mangsa banjir di daerah Pekan menunjukkan sedikit peningkatan daripada 1,278 (323 keluarga) petang semalam kepada 1,386 mangsa (348 keluarga pagi ini.

Pusat pemindahan di daerah Bera bertambah kepada lima berbanding empat petang semalam apabila sebuah lagi PPS dibuka di Balai raya Kampung Seberang Guai.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Charuk Puting dan SK Kuala Triang, Masjid Kampung Mengkarak dan Masjid Kuala Bera masih dibuka dengan blangan mangsa keseluruhan di daerah itu 138 (33 keluarga).

Lain-lain daerah telibat Maran (97 mangsa, 27 keluarga), Rompin (60 mangsa, 14 keluarga), Jerantut (26 mangsa, 5 keluarga) dan Lipis (10 mangsa, 4 keluarga).


0 comments:

share2